16 November 2012

Fotografi Jalanan


Hai semua! Kali ni kite membincangkan apa itu fotografi jalanan. Bak kate omputeh "street photography". Genre ini sangat popular di kalangan penggemar fotografi, terutamanya yang masih 'newbie' seperti saya. Walaupun genre ini kelihatan ringkas dan mudah, tetapi anda perlu berani mengahadapi cabaran untuk menangkap gambar gambar yang menarik. Genre ini juga mampu mengeluarkan hasil yang luar biase kerana ia memerlukan reaksi spontan yang penuh degan penceritaan. Reaksi dan wajah seseorang memainkan peranan dalam menetukan keunikan sesuatu gambar itu.


Sekadar percubaan sangat lemah...

Kebiasannya jurufoto yang berminat dengan genre ini, lebih kerap menggunakan lensa zum telefoto sperti 70mm-300mm untuk snap gambar dari kedudukan yang jauh. Tapi tidak salah untuk menggunakan zum sudut luas, malah ianya turut membantu. Prime lens juga boleh digunakan tapi ianya sedikit mencabar kerana anda tidak boleh zum in atau zum out. Berlainan lensa akan menghasilkan keunikannya sendiri.



                                                     Sambil makan sambil snap :)

Gambar2 yang disnap sebaik baiknya adalah pada paras pinggang. Gambar mestilah mempunyai penceritaan yang tersendiri tanpa mengaibkan 'subjek'. Anda perlulah bersabar untuk mencari gambar gambar atau momen yang menarik. Kadang kali mungkin juga anda akan dimarahi oleh 'subjek' kerana mengganggu privacy mereke... Itu juga merupakan salah satu cabaran yang perlu ditembup. Rajin rajinkan untuk bersiar siar di sekitar bandar atau lorong lorong, mungkin anda akan mendapat sesuatu yang menarik. Dan peringatan, berhati hatilah dgan penyamun dan perompak. Untuk keselamatan, bawalah alatan yang perlu dan diisikan dalam beg. Kalau ade penyamun ke cepat "wachhaaaaa" die kasih habes kat situ...




                                                Apa agaknya yang difikirkan tu ek?

p/s: kepada anda yang ingin berjinak jinak dalam genre fotografi ini, bolehlah ke group Fotografi Jalanan Malaysia di MukaBuku dan juga di blog sifu Yaman Ibrahim... :)